sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Tuesday, November 25, 2014

#Mampukah Aku Pertahankan Hubungan Ini#

Aku sangat penat. apa yang aku penatkan aku pun tak tahu. tapi yang aku tahu, aku sangat penat dengan semua perkara terutama soal pertunangan . terasa seperti mahu give up untuk teruskan perhubungan pun ada. tapi bila terfikir mahu give up, aku cepat-cepat beristighfar. ingat kan Allah. ingatkan semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

kekadang aku terfikir, adakah aku kuat untuk bertahan dengan semua dugaan yang muncul selepas bertunang?????. aku bertanya diri sendiri. aku bertanya untuk mendapat kepastian. adakah aku kuat? adakah aku mampu? ntah. aku masih belum mempunyai jawapan itu. dan jawapan itu tak pernah muncul dalam fikiran ku.

tapi hati ku selalu berkata, bertahan lah diri. kuatkan semangat mu. teguhkan azam mu. pasak kan tekad mu. dan bersabarlah. janji Allah itu benar. dan apa yang ditentukan itu seharusnya ada hikmahnya. dan apa yang berlaku semestinya punya kebaikan pada diri sendiri dan maligai yang bakal dibina.

ujian demi ujian. cabaran demi cabaran. kerenah demi kerenah. ada ujian yang aku sendiri cari. ade cabaran yang aku sendiri tempah. dan ada jugak yang datang tanpa aku pinta sedikit pun kehadirannya. tapi aku harus sedar yang semua nya adalah ujian Allah. dan itu adalah resam kehidupan. serta kehidupan tak kan indah tanpanya.

Emm.. persoalan ku kini masih bersisa.. mampukah aku bertahan hingga ke hujung jinjang pelamin. hingga semua janji telah ku kota terhadapnya. hingga ku genggam erat semuanya. hingga kejayaan itu mutlak milik ku.

mampukah aku???

Jawapannya; aku sendiri tak pasti sejauh mana kekuatan ku. dan sekarang, aku hanya tunggu dan lihat..

Monday, November 10, 2014

Dugaan Semasa Betunang


Assalamualaikum w.b.t..

Orang tua-tua cakap jangan tunang lama-lama....masa bertunang nie banyak dugaan. Darah manis lah katakan..manis ke? hehe..Bulan nie genap 2 bulan kami menjadi pasangan tunang. Sebenarnye aku pun x perasan masa tu berjalan dengan cepat sangat. Selama 2 bulan nie aku rasa tiap2 hari mesti akan ada perang dingin antara aku dan dia. xkira la perang mulut or perang dingin..maknanya dua-dua senyap. Masing-masing akan ambil masa untuk mendiamkan diri. Dan masing-masing ego!!!!!!!!

Antara sebab yang akan mencetuskan perang antara kami nie!!!!!!!!!!!!!

Berjauhan

Tetiba plak pas tunang ni nak kene hidup berjauhan plak...masa bercinta dulu bagai nak rok duk depan mata......tak jengah jam kul 2 3pagi 2 tanak balik...ish ish ish..hangat bercinta katanya...tapi bila dah bertunang...tanggungjawab makin berat makin banyak so berjauhan la...tetiba kan...time 2 la gaduh asyik tanya bila nak balik bila nak balik...masa bercinta dulu takde tanggungjawab ke???huhuhuhu...tunang aku keja kat Felda Sahabat jauh dari aku...kalo balik 2 memang berebut la aku ngan family dia nak luangkan masa ngan dia...tapi alhamdulillah la...ada gak masa tuk aku...

Mesej call tak jawab atau lambat reply

Ha ni memang pantang akuuuu...sebab aku susah nak buat mcm 2...kadang2 mandi kalahkan berjam2 lamanya...bila tanya basuh itu la basuh ini la...hehehehe...bagus2 sebab dia jimat duit dobi...hahahahah...tapi kalo mood tak ok boleh jadi gaduh gak...tetiba kuar soalan bodoh kenapa malam ni baru nak basuh..napa tak basuh malam esok ke lusa ke malam semalam ke...erkkk???

Sensitif

Sejak bertunang ni percaya la perasaan akan tetiba berubah secara automatiknya...akan menjadi sensitif dengan tetiba2.... tak boleh...ni salah...2 tanak...haishhhh..macam2 la...yang masa bercinta boleh tetiba masa bertunang tukar jadi tak boleh...ha ni la hal yang boleh buat kaum lelaki2 yang dah bertunang 2 pun pening kepala nak paham...kadang2 2 boleh hilang sabar dibuatnya...disebabkan selalu sangat sensitif sampai tunang aku ni cakap mula2 kenal dulu tak macam ni pun...aku pun balas balik...dulu awk pun sama jugak..hahahaha...

banyak sebab2 yang menjadi masalah dalam bertunang ni...tapi aku bagi apa yang aku rasa selalu kena kat aku...kena bijak tangani jek...jangan ikutkan perasaan walaupun aku mmg selalu jek ikut perasaan...bila hari makin nak dekat ni aku makin tanamkan sifat sabar dalam diri...so sabar jela ye...nak kawin kan..S.A.B.A.R...