sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Friday, October 21, 2011

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong


Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.


"..di sebalik pengorbanan anggota dan ahli keluarga Balai tersebut, serangan ini memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Ini tidak boleh diperlekeh dan diperkotak-katikkan kerana ianya merupakan fakta fitrah kepolisan dan ketenteraan dalam mempertahankan nusa dan bangsa," - YDH Ketua Polis Negara

Bukit Kepong , 21 Oktober - "Saya ingin menyatakan kehampaan dan kekecewaan saya berkaitan kenyataan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan kontroversi dan menganggap pengganas itu hero dan menghina anggota keselamatan dan keluarga mereka pada Tregedi Bukit Kepong," tegas YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, hari ini.


Berucap sempena Perhimpunan Khas PDRM Memperingati Pejuang-pejuang Polis Semasa Darurat di Pondok Polis Bukit Kepong, Muar, beliau turut menolak sama sekali kenyataan salah yang menganggap pengganas komunis dan beberapa individu tali barut Parti Komunis sebagai wira, walhal mereka pembunuh rakyat yang berjuang untuk melihat negara bebas daripada dicengkam musuh.


"Secara peribadinya, individu yang membuat kenyataan ini ialah 'rebel - rouser' iaitu seorang yang cenderung kepada membakar semangat rakyat serta menghasut ke arah pemikiran yang sempit dan kenyataan dangkal tersebut hanya akan membangkitkan kemarahan keluarga pejuang-pejuang kemerdekaan negara yang telah terkorban," tambahnya lagi.


Aspirasi Warisan PDRM Di Balai Polis Bukit Kepong

Dalam ucapannya juga, beliau telah memaklumkan berita gembira, khususnya kepada warga Bukit Kepong.


"Sukacita untuk saya memaklumkan di sini bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan pembinaan Muzium Polis Bukit Kepong yang sebelum ini tertangguh beberapa kali berikutan lokasinya yang terletak di tebing Sungai Muar yang terdedah kepada banjir, namun setelah beberapa reka bentuk ubahsuai dipertimbangkan, pembinaan muzium tersebut boleh diteruskan di tempat yang sama," ujarnya.


PDRM kini dalam proses perancangan pembinaan muzium tersebut yang akan dilaksanakan setelah beberapa perkara meliputi isu reka bentuk bangunan moden dan bajet.


"Sesungguhnya ini merupakan satu lagi usaha PDRM dan kerajaan untuk mempertahankan khazanah negara," tambahnya lagi.


PDRM juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di Balai Polis Bukit Kepong ini bagi memelihara warisan PDRM sekaligus memastikan elemen sejarah dikekalkan sebagai pedoman kepada golongan muda dalam meneliti sejarah kemerdekaan negara. 


Program pada hari ini menyaksikan deklamasi sajak oleh DSP Rose Baini binti Kasim dari Bukit Aman dan disusuli dengan persembahan pentomen yang penuh emosi dengan penceritaan semula tragedi berdarah serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong.


Turut mewarnai perjalanan program, upacara penyampaian sumbangan daripada YDH Ketua Polis Negara kepada waris-waris mangsa Tragedi Bukit Kepong dan surat-surat penghargaan kepada pegawai serta anggota PDRM Johor yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka.


Program perhimpunan pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Kontinjen, dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.


Bukit diserang petualang durjana
Pahlawanku berkorban jiwa dan raga
Pertahan setiap inci tanah pusaka
Mencorak sejarah bumi merdeka


Perahu payung layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah


SEGAK...Detachment Kawalan Kehormatan mengambil tempat.



Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Tabik hormat semasa lagu Negaraku dinyanyikan.

Pentas Utama..

Bacaan lafaz ikrar diketuai oleh YDH ACP Mohammad Nasir bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar.

Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Deklamasi sajak oleh DSP Rose Baini bin Kasim...

KEJAM..pengkisahan semula yang menunjukkan kebiadapan pengganas komunis kepada rakyat.

JUANG..Pengorbanan Wira-wira Balai Polis Bukit Kepong tidak sewajarnya disia-siakan.

Pengkisahan ini diakui benar-benar menghambat emosi setiap penonton yang menyaksikannya.

Barisan watak yang menjayakan persembahan pentomen tersebut.

Barisan watak yang menjayakan persembahan pentomen tersebut tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara.

CEMERLANG...antara warga PDRM yang menerima surat penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Penyampaian cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara oleh YDH Ketua Polis Johor.

YDH Ketua Polis Negara turut meluangkan masa bersama warga Polis Johor.

TERHARU..penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada waris pejuang-pejuang Bukit Kepong.

Ziarah di pusara wira-wira negara Bukit Kepong...AL-FATIHAH.

Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Sumber

Profil Muammar Gaddafi





Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī (bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942- 20 Oktober 2011) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.


Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.


Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati. Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan; pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.


Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte dan berjaya ditembak mati.

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong yang baru






Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong yang baru

KUALA LUMPuR 14 Okt - Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuat kuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.  Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. 


Salam kepada semua,

Sebagai rakyat negeri Kedah Darulaman, sememangnya patut merasa amat bangga dan bertuah apabila KDYMM Sultan Kedah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Untuk rekod , Sultan Abdul Halim merupakan satu-satunya Sultan yang dilantik sebanyak dua kali menjadi Yang di-Pertuan Agong di dalam sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang unik. Kali pertama Baginda dilantik menjadi YDP Agung ialah pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4.




Semoga negara dan rakyat yang berada di bawah payung naungan Tuanku , akan dilimpahkan oleh Allah Taala dengan segala keberkatan dan kesejahteraan jua hendak-Nya. Amin, Ya Robbul 'Alamin...

Daulat Tuanku!!!


Wednesday, October 19, 2011

Renung kembali kisah silamku




Aku merenung kembali kisah silamku. Mengingati semula perjalanan hidup yang telah ku lalui di muka bumi Allah yang maha luas ini. Tiba-tiba mengundang sebak di dada dan begitu mudah membuatkan aku menitiskan air mata.

Ku renung kembali setiap yang berlaku ke atas diriku. Terimbau kenangan dahulu semasa aku berada di tingkatan empat,SM Teknik Lahad Datu Sabah, guru bahasa Melayu pada waktu itu ialah Cikgu Munazrah. Dia pernah mengucapkan kata-kata yang biasa buat kami, anak didiknya. Mungkin pada orang lain ia hanya kata-kata biasa tapi pada aku cukup terkesan di hati hingga ke saat ini.

"Jadilah orang yang membawa manfaat kepada orang lain." Itulah kata-katanya yang segar di hatiku hingga ke saat ini. Aku mengingat kembali apakah manfaat yang telah kuberi setelah sekian lama aku bernafas di bumi Allah ini. Apabila difikirkan dengan mendalam, bagaikan tiada manfaat yang ku beri pada insan yang lain.

Pada orang lain, mungkin aku sebagai pemimpin pelajar yang biasa di pandangan mereka, namun pada aku ia hanya satu amanah yang harus ku pikul sebagai insan yang bergelar islam.

Tidak kurang juga kesabaranku hilang sewaktu aku masih bergelar pemimpin pelajar  oleh kerana perangai murid-murid yang semakin hari semakin kreatif membentuk kenakalannya. Apabila pulang ke rumah, aku berfikir, adakah kerjaya aku merupakan satu ibadah buat diriku?

Apakah kerjaya yang dilakukan dengan memaksa diri sendiri kerana khuatir amanah dianggap syubhah andai tidak dilaksanakan dengan baik dikira ibadah di sisi Allah? 

Apabila soalan-soalan sebegini menerjah fikiranku, nafasku menjadi sesak seketika. Sedar nyawa pinjaman Allah buatku akan ditarik bila-bila masa sahaja tanpa kuduga. Kudrat yang ada padaku juga hanya pinjaman dari Allah. Tiada apa yang mampu menghalang, andai yang Esa mahu mengambil kembali nikmat kesihatan dan nikmat sempurna pancaindera yang diberikan sementara buatku.

Seringkali aku terbayang, diriku hanya dibaluti kain kapan. Berapakah amalan soleh yang mampu aku persembahkan di hadapan Allah S.W.T nanti. Yang paling aku takuti, amalan yang selama ini ku kerjakan ditolak oleh Allah tetapi sebagai seorang hamba manakan aku mampu untuk mengetahuinya.

Segalanya hanya terjawab apabila rohku sudah meninggalkan jasadku. Dan saat itu juga, segala-galanya adalah terlambat buatku dan penyesalan sememangnya sudah tiada ertinya lagi.

Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku untuk terus bernafas di dunia ini. Di kesempatan ini, aku bermohon agar diampunkan segala dosa-dosaku, diterima segala amalanku dan dijadikan aku lelaki soleh yang cemerlang dunia dan akhiratnya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dosa ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, teman-temanku serta umat Islam seluruhnya sama ada yang masih hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia. Amin ya Rabbal Alamin.

Tuesday, October 18, 2011

JIWA kOSonG




"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." 

Duhai insan,Jiwamu terasa kosong?Perlu peneman,Kekasih hati yang prihatin,Pengisi jiwa ragamu 


itu.Tapi tahukah kamu,Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.Sering pula ia mengecewakan,Selagi


dia belum halal untukmu,Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.Kamu dan dia belum ada ikatan,Itu 


hakikat!Meletakkan harapan...Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,





Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

Hatimu kosong?Isikanlah hatimu itu,Jangan biar kekosongan menyelubung 

dirimu,Berimanlah.Yakinilah.Bahawa Dia itu sentiasa dekat,Amat-amat


Dia tahu kamu sedang berduka,Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,Dirimu itu milik-Nya,

Amat amat amat dekat.

Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.

Saturday, October 15, 2011

TuLuS DariHatiKu


Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia cinta agung adalah cinta-Nya

Tolong nasihati si dia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Esa
Tolong nasihati si dia jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya

Tolong nasihatkan si dia aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong nasihatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong nasihatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya
Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong dalam setiap kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia cinta agung adalah cinta-Nya

Tolong nasihati si dia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Esa
Tolong nasihati si dia jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya

Tolong nasihatkan si dia aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong nasihatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong nasihatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya
Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong dalam setiap kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta suci darinya

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia

Moga di seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh Tuannya..
Tolong sampaikan pada si dia cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta suci darinya

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia

Moga di seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh Tuannya..

pELengKaP HidupKu


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang.
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam.
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa.
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu.


Teringat janji lamamu kepadaku.
Teringat aku teringat.
Teringat saat kau masih ada di sini.
Temani ku sepanjang hari.


Bila kau pergi jauh ingatlah aku.
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku.
Bila kau rindu aku panggil namaku.
Ku datang menemuimu.


Peluk erat jasadku jangan lepaskan.
Tetaplah kau di sini arungi malam.
Karna hanya dirimu belahan jiwa.
Pelengkap ku di dunia.

Friday, October 14, 2011

LOGO SEKOLAH


LOGO SEKOLAH


BIRU
Lambang perpaduan

HIJAU
Mengujudkan suasana ceria ,harmoni, mesra dan lapang.

BUAH PADI BERWARNA KUNING
Melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak serta berbakti kepada bangsa dan negara.

RODA DAN ALAT GEOMETRI BERWARNA MERAH
Simbol aliran teknikal dan vokasional yang menyumbang ke arah kemajuan teknologi.
   
SEGULUNG SIJIL BERWARNA PUTIH
Kecemerlangan akademik

EMPAT GELUNG BULATAN HITAM 
Kecemerlangan Kokurikulum

COGANKATA
Berilmu, Berteknologi, dan Berbakti

Wednesday, October 12, 2011

TeKanAn DiriKu SadA


BELAJAR itu tekanan yang paling menekan...lagi-lagi bila datangnye assignment, quiz dan EXAM...time nih smua histeria dibuatnye..lagi2 bagi yg xprepare n bengap cm aku...hahahaha...korang mesti pnah mengalamikn...tipu r klo cakap xpnah...saat beginila aku mula rasa mahu hantokkn kpale di dinding dgn hrpn otak akuni boleh bergegar hebat..so berkemungkinan akan terpacul kluar segala ilmu yg telah d berikan...padahal "masuk telinga kiri, kua telinga kanan" .. haish ape nk jadi ngn aku nih...tp bkn slh aku...lecturer tu yang xreti aja (ayat yg slalu student gune bila xphm..pdahal xfokus, tu yang xphm) hurm, "nasi pon dah jadi bubur" aku ttp xphm n xtau ape yang aku blaja..tp ape yg pasti bende ttp akan berlaku xkisahlah ape pun alasan aku...iaitu ASSIGNMENT perlu di hantar by next week...pdan muka aku  kan....

tapi korang tahu tak, bekerja itu lagi tekanan sebenarnye... sbb hari-hari kne kita face bende same smpai naik muak..kerja pon boleh sambil tutup mate jew...dah menjadi sgt mudah...itu pon TEKANAN sbb boring!!! tapi bila terlalu byk kerja, itu juga TEKANAN dan bila xde kerja pon TEKANAN...sbb!! 10X korang tgk jam, waktu berkitar kt situ jew..so tekanan mahu pulang..mahu baring d tilam empuk...bosan menanti waktu plang..bosan akan terlalu bersenang lenang (nampak tanda-tanda tidak bersyukur disitu) Actually bkn xbersyukur..tp itu hakikatnye...xcye, g tnye org yg dah kerja...

tp bagi org-org yang special mcm aku ni mmg akan tertekan sentiase...tidor dan belajar....perghhhh "two in one" org puteh cakap...so memang tekanan sentiase...tp ape yang aku boleh ckp..."no matter what" aku ttp kne buat kedua-duanye....hidup perlu ade target...so inila MISSION nye....klo aku stakat "meet me in half way" mmg rugilah aku...so bg korang-korang yang STUDENT tlg hargai mse study korang...bak kate orang tua-tua "belajarla hingga ke liang lahat, ilmu itu tuntutan agama" cewah....so LET'S STUDY WITH CHILL bebeh....nnt kite rmai-rmai leh jd CEO!!! yahooo....boleh gaji riban-riban...

::duit itu sgt penting::
::jgn korang ingat, dgn CINTA yang gile agong tu korang boleh kekal slamenye::
::TIDAK SAME SEKALI::
::sbb DUIT akan buat smua org akn bergadoh::
:: THIS IS A FACT::