sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Thursday, September 29, 2011

MaSalaH yaNg meMbelEnggu diRiKu



Bila aku ada masalah , baru aku nak ingat kat tuhan .
Bila aku senang aku lupa kan dia .
Kenapa aku jadi macam nih ?
Ya Allah , dah lama aku tak sembahyang .
sumpah , serius beb !
Sedih yang teramat sangat bila kenang kan diri aku yang macam nih .
Kenapa aku lalai dengan perintah agama ??
Mulot ja cakap sayang kan Islam .
Tapi amalan dan ajaran Islam aku tak amal kan .
SADA , berubah lah selagi belum terlambat .
Jangan jadi hamba yang dibenci tuhan sendiri .
Aku takut mati .
Bila aku terpikir pasal kematian , hati aku rasa tak tenang .
aku terbayang kan yang aku diberikan azab yang perit bila mati nanti .
aku nak berubah .
Tapi bila ??
Niat aku untuk berubah datang bila ada masa nya .
Bila aku senang , semua nya aku abai kan .
hurm , mak aku da jugak pernah ckp .
sampai bila aku nak berubah .
takkan nak seronok sampai ke tua kot .
hmm , aku ni tak da lah sejahat mana pun .
haaa , jgn pikir bukan2 plak ya .
Berubah dengan hati yang ikhlas .
insyaalah ! aku buleh .

Wednesday, September 28, 2011

Aku Tahu , Tapi Aku masih lagi tak nak berubah

tak nak berubah...=(


 
Aku Tahu, Tapi Aku Mahu...

Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.
(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)

aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah aku hidup untuk selamanya


aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat


aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan


aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng


aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya atau langsung tak smbayang


aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga


aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang


aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih x pandai menjaga diri


aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah


aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah x endahkannya


aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi


aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa


aku tahu aku ini hamba-Nya
tapi masih hanyut dengan dunia


aku tahu azab-Nya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya


aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi x berusaha untuk medapatkannya
... ... ... ... ... ... ...


Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.


1 tamsilan untuk sama2 kita renungi dalam diri kita: 'kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik'... Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: 'Kalau pointer, pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama, kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga??'... Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqamah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi...

Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT, X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu... TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia. Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there's a will, there's a way...

banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat pada-Mu. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.


Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..


Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.


Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi?




Berubahlah  ALSADA sebelum terlambat ingat dunia nie hanya lah persinggaan renung2kan dan selamat beramal alsada

Friday, September 16, 2011

Menuntut Ketenangan Jiwa

Berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.
Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.
Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

“Ketenangan jiwa itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang yang beriman supaya hati mereka teguh di kala orang mengalami kegoncangan, mereka yakin di kala orang lain penuh keraguan, mereka sabar di kala orang berkeluh kesah dan mereka berlapang dada di kala ramai orang cemas..” ~ (Iman dan Kehidupan : m/s 83) 
Ketenangan jiwa inilah yang Allah SWT campakkan ke dalam hati kekasih agungNYA Nabi Muhammad SAW sepanjang misi dakwah baginda, BAginda tidak gentar, tidak keluh kesah, malah tidak sesekali merasa kesempitan untuk menyebarkan ISLAM kerana kehebatan iman baginda. Subhanallah.
.
Moga Nabi Muhammad SAW menjadi idola kita sepanjang hayat. Amin Ya Allah. Semoga kita semua di berikan kekuatan dan ketenangan jiwa dalam menempuh liku2 perjuangan menyebarkan agama Islam di bumi Malaysia ini. Ameen Ya Rabb. Taqabbal Ya Kareem.
 

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan jiwa, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.
Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…




2j2hohs11 Fahami Erti Disebalik Kesetiaan


Pesanan dari Penjaga Cinta, hamparkanlah kesetiaan kamu seadanya kepada si dia, kamu tidak akan rugi walaupun sedikit kerana kesetiaan merupakan tiang percintaan.

Wednesday, September 14, 2011

Kaulah yang terakhir dalam hidupku

Dia memang hanya dia
Ku selalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya
Benar dia, benar hanya dia
Ku selalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Harta yang paling terindah
Di perjalanan hidupku
Sejak derap denyut nadiku
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Reff:
Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Benar dia, benar hanya dia
Ku selalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya



Kuingin kau selalu di pikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain
Hanya kamu
Tak pernah ada

Monday, September 12, 2011

Ketidakpuasan Hatiku Pada Dia

Tak paham la. perlu ke buat cmtu. jd smbong x pasal2. knp ko jd cmtu aku pun pelik tp aku rsa mybe sbb ko terlalu marah kot. salah aku ke bl ko sentap cmtu. aku dh berbahasa beralas sehabis baik dh utk ko tp ko still nk mendesak gak. mmg btol la aku sepatutnya x pyh kesah pn bl ko x nak kwn ngan aku lg. tp aku rsa syg lak bl pershbtn tu dilupakan cmtu je. aku tau ko bek. aku tau ko caring. tapi bl jd cmnie ko leh jd ati kering kan. aku suka kwn ngan ko sbb ko baik ,pandai dan banyak lg la. ko slu wt aku tergelak ngan lawak2 ko yg ntah pape tu. ko suka nasihat aku tp dlm msa yg sma ko suka hentam2 aku tapi aku x amik ati sbb aku tau ko ikhlas. tp aku majuk sket la. tp kalo dicerita bab majuk tu ko tu lbih lg dr aku. ko tu mnja sgt. aku lak mls nk lyn. pastu mula la majuk lg. nak tggu aku pjuk mmg tak la jawabnye. sapa yg suh ko mjuk x psl2. bole plk ko kata aku neh x de prasaan.! ! siot tol. berasap je aku dgr tp aku wat x tau je. kdg2 tu aku pjuk gak ko tp bl dh kerap2 tu aku totally give up.

knp aku bt entri neh utk ko.? sj jer sbb aku dh mula rsa cam nak ikut cam cara ko plk. ko yg x nak brkwn lg kan so pasnie leh la aku remove ko. pastu x pyh la cari aku lg. pershbtn tu kan lbih indah kalo dibiarkan tros bersahabat. cinta tu kan x leh dipaksa. even aku x pnh ckp tapi aku bg hint. alasan ko plk aku neh terlalu jual mahal bt kan ko boring ngan aku. hampeh tol. ko x phm stuasi aku time tuh. ati aku msih skt n sgt terluka. bkn sng cmtu je aku leh tima alasan ko. utk x sakitkan ati ko aku ttp layan ko. teman ko. aku x berani nak ckp "tak" cuma aku slu m'elak je bl ko ckp ngan aku. tp ko tetap rsa skt. sbb tu ko blah cmtu je dr aku. msg aku pn dh x nak bls. comment yg aku bg pun ko bt2 x nmpak. ok.. aku ngalah. x kan cri ko lg. smpai la 1 ari tu tiba2 ada kol msuk. semestinya aku x cam num ko sbb aku dh dlete. erkk.. sape eyhh. diam plk. tros aku letak. wahh.. ko.! ko lum give up rpanya dan utk sekian kalinya aku masih xnak layan ko lg walaupun pelawaan ikhlas ko. mnx maaf even ati aku rsa kta dha xserasi. pcya la ko akn sahabat yg ssuai utk ko. lepas pd tu la ko tros bt bdoh je kat aku tp aku cam txknal gak bl aku jmpa baru2 nie.. bebel ckp aku x reti nk jga hati pe la. pastu ko tros diam n blah lg dari hdup aku smpai la arinie.
                                             pic hiasan

berkali2 terdetik kat ati aku nak je remove ko dr fb aku. semak gler. btpe aku nk kwn ngan org yg xnk kwan  ngan aku. so far lum lagi. tggu la.. yg pasti x lama lg la. pape pn aku nak ucap thx sbb sepanjang kite knl ko mmg m'hiburkan n ko sgt berani bl ngan selambanya ko kenalkan aku kt kwn2 ko. mmg aku rsa cam nak sekeh2 je ko.! kat mata aku ko cumey ko sweet ko menyenangkan tp kdg2 ko bt aku bengang.! tapi suma tu x menjamin segalanya kan persahabatan kita.

Saturday, September 10, 2011

MAKKAH DI MASA HADAPAN

FUTURE MAKKAH (PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPAN)


Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:
"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)


Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah
  1. Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram,
  2. projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar,
  3. projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama
  4. projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion,
  5. Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya
  6. Projek pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.


Masih tidak diketahui kesahihan projek mega makkah ini tetapi projek ini sudah tersebar di seluruh internet. Sekali lagi kita bacalah hadis nabi ini

Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:
"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)


Makkah Expansion & Shades'
FUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPAN


GAMBARAN KESELURUHAN FUTURE MAKKAH
FUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPANFUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPANFUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPANFUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPAN





Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari KLCC (452m).

FUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPANFUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPAN
FUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPANFUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPANFUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPANFUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPAN


Makkah Metro Line

FUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPAN


FUTURE MAKKAH PROJEK GAMBARAN MAKKAH DI MASA HADAPAN

HANTU BONCENG


Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

Tuesday, September 6, 2011

Paku dan Dosaku





Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka. Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri. Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita. Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi,itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas,aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini.

Jika ada sahaja cuti,aku tak pulang ke kampung untuk menjenguk mereka. Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya tak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah….sekurang-kurangnya, Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku dan  melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan macam-macam lagi… Aku mengharapkan ibubapaku dapat mendoakan kejayaan anaknya ini.
Manusia itu,sering terlupa dan terleka.

Aku sejujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku.. Aku tidak pernah menghitung,berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.
Suatu pagi yang hening,aku seperti hari-hari yang lain di kampungku sebelum raya, membantu ayahku yang memasang pintu. Tiba-tiba,aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.`Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??`Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.

`Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul,engkau lihatlah dinding ini?`
Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini. Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka. Sejak hari itu,aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar,dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.

Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana,kini paku-paku itu telah hilang. Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.`Adakah ini bermakna,maka dosa-dosaku padamu telah terhapus,wahai ayahku?`Ayahnku cuma menjawab`Anakku,kau lihatlah dinding ini,walaupun paku-paku ini telah hilang,adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang,dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engaku mempu mencabut paku itu,tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?`Aku benar-benar tersedak. Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu. Ayahku telah mengajar aku bahawa,kesilapan itu,bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar,Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu,sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.


Kadangkala,kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai. Sebenarnya,sering kita lupa,benarkan hanya dengan 

`maafkan saya` atau 'I am sorry`dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri,bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf.Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?


Kesimpulannya, minimumkan kesilapan yang dilakukan dan jangan sekali-kali menganggap bahawa maaf hanya dengan lafaz semata-mata. Tapi,andai telah terlanjur,mohonlah kemaafan dengan penuh ikhlas dan keinsafan..Bagi insan yang menjadi mangsa,janganlah telalu meletakkan harga yang mahal terhadap sebuah kemaafan kerana kita hanya insan biasa yang penuh kekurangan.

Biar die tahu, saya tak kisah


Bismillahirrahmairrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)
comelNya


"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”



"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa." -Trust Him as He knows the best for us :)

so, tak kisahlah ;) ada jodoh ada lah kan? I trust HIM more =) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna, biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me. =)



and tak lupa, selamat menyambut kemerdekaan yang ke-54 Malaysia =)