Salam.
Dok sekian lama berkasih dan bersayang-sayang, tetapi tak ada jawapan yang pasti. Uhh kesian ..ini ibarat kes bertepuk sebelah tangan. Selalu berlaku dan terjadi dalam hidup, apatah lagi tatkala mula mengenal cinta.
Bagaimana perasaan cinta? Ada tanggapan dan pendapat yang berbeda, namun pasti ia sesuatu yang dirasakan indah. Masakan tidak hingga banyak perumpaman pasal cinta yang memang leleh ayatnya, yang indah bahasanya.
Ada insan meletakkan harga cinta itu sangat tinggi hingga susah untuk dicapai. Kerana itulah ada hati yang tertanya-tanya, sudahkah diri ini memiliki cintanya. Dah banyak pengorbanan dan bukti2 cinta diluahkan namun jawapan pasti masih tergantung.
Lihat si gadis beriya-iya belikan hadiah dan macam-macam lagi hanya untuk menyatakan cinta, begitulah sebaliknya, tetapi si pasangan yang didambakan cintanya bagai membisu seribu bahasa. Tiada yang jelas. Bila ditanya si dia mengelak untuk menyatakan.
Tatkala ini, dan seandainya ia sering berlaku, maka berlalulah dengan segera, jangan lagi didambakan sesuatu yang tidak pasti, sebab ia tiada akan ada pengakhiran. Apa yang berlaku adalah ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Ada cinta lain yang menanti, tak perlu lagi menunggu cinta yang memenatkan diri anda.
Usah berharap jika dia sendiri tidak mengharapkan cinta dari anda.