sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Saturday, January 15, 2011

KEMANA ARAH TUJU KITA SELAKU REMAJA

Remaja memang bercirikan ‘kementahan’ dalam pelbagai sudut : fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial. mudah terdedah kepada risiko sakit, alahan, patah, luka dan sebagainya justeru tiada ‘kelasakan’ bekerjanya. Hal ini mudah difahami kerana hukum sebab dan musabbab atau sunnatullah di muka bumi ini jelas menyatakan ‘makin kuat bekerja makin bertambah sasa’Begitu juga mental atau akal. Remaja masih tidak matang berfikir, masih mentah menilai dan masih sedikit maklumat untuk membuat keputusan tepat. Sementara rohani, memang tidak banyak keteguhan dan kejituannya lantaran masih belum memahami alam raya yang mencakupi hidupan fizikal dan hidupan metafizikal (metaphysics) – hidupan yang dapat dilihat dan hidupan yang tidak dapat dilihat.Emosi remaja pula, masih tidak terkawal bahkan masih belum difahami jenis dan sifatnya kenapa timbul perasaan yang berbagai. Sesekali terasa geram, marah, benci, sayang, suka, gembira, sedih, serba salah, yakin dan sebagainya. Sesekali terasa tak tentu arah, berserabut, kosong, terasing, ego, hebat dan pelbagai perasaan tanpa dapat memastikan mana yang sepatutnya dikekalkan dan mana yang sepatutnya ditinggalkan. Dan akhirnya sosial remaja, iaitu perhubungan dalam komuniti (masyarakat) awam atau mu’amalat. Remaja masih mentah dalam tatasusila pergaulan samada bersama dua ibubapa, guru, orang tua, orang muda, rakan sebaya dan alam sekitar. Justeru itu, sifat ‘kementahan’ remaja dalam pelbagai sudut ini perlu disedari dan perlu dibina dan dibajakan dengan petunjuk dan panduan yang positif. Namun ada juga keistimewaan bagi remaja ini…..Justeru itu, pengalaman dan pengetahuan remaja masih kerdil, sedikit dan dangkal untuk sebuah ‘keputusan’ hidup. Dengan kata lain, remaja tidak mampu mengambil sesuatu ‘keputusan’ tanpa merujuk kepada orang dewawa dan orang berpengalaman lantaran kekurangan pengalaman dan pengetahuan diri (remaja). Sekiranya remaja membuat sesuatu keputusan, puratanya keputusan itu salah, tidak bermanfaat, memudhoratkan, merugikan dan membawa aib yang berterusan. Meskipun demikian, ada juga segelintir remaja yang berjiwa ‘dewasa’ dan berakal ‘tua’, apabila remaja berkenaan menggali pengalaman hidup, pengetahuan dan maklumat daripada sejarah mereka terdahulu dan catatan/ tulisan mereka yang berpengalaman di kalangan orang muda, dewasa dan orang tua. Remaja yang suka ‘membaca’ dan bergaul dengan orang berpengalaman ini memang ‘dewasa’ sebelum usia dewasa.

No comments:

Post a Comment

hak milik alsadasuharto.blogspot.com