sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Sunday, March 13, 2011

tSuNaMi JePuN 8.9 TeRKuat D DuniA

kita di kejutkan dengan berlakunya tsunami di jepunc - Lebih 1,300 orang terkorban selepas gempa bumi paling kuat pernah dirakamkan di Jepun mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara ini................
Ketika gegaran susulan terus melanda Jepun hari ini, termasuk satu yang berukuran 6.8 pada skala Richter, kerajaan mentaksir tahap kerosakan akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang berlaku selepas tengah hari semalam......................
Bilangan kematian dijangka mencecah angka jauh melebihi 1,300 orang, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano.
Pihak berkuasa menemui beratus-ratus mayat, manakala lebih 1,000 orang masih hilang dan ramai lagi cedera, lapor media......................
Kerajaan bimbang lebih banyak gegaran susulan kuat boleh mendatangkan lagi kemusnahan, sementara Agensi Meteorologi mengeluarkan amaran tsunami seterusnya untuk banyak kawasan pantai di negara ini.
Agensi itu berkata, lebih 100 gegaran susulan telah berlaku, kebanyakannya lebih kuat daripada 6.0 pada skala Richter.............................
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) di Washington melaporkan, sekurang-kurangnya lima gegaran susulan melebihi 5.5 pada skala Richter direkodkan dalam tempoh sejam sekitar tengah hari ini (11 pagi waktu Malaysia), termasuk gegaran sekuat 6.8 pada skala Richter dekat pantai timur Honshu, pulau terbesar di Jepun...................
Akhbar perniagaan Nikkei berkata, kira-kira 210,000 penduduk dipindahkan di timur laut Jepun, manakala beribu-ribu lagi yang terkandas di Miyagi masih menantikan bantuan..........................
Pasukan penyelamat mencari mangsa di celah-celah runtuhan bangunan di banyak bandar yang ditenggelami air.................
kita seharusnya bersyukur kerna terselamat daripada malapetakah yang melimpah negara serantau kita.........ini tsunami kedua yang berlaku berhampiran dengan negara kita malaysia..........

No comments:

Post a Comment

hak milik alsadasuharto.blogspot.com