sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Tuesday, August 23, 2011

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN

Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilihnya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerna bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam kehidupan

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana di sebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan dan keperitan
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa seorang PENCINTA SETIA
Tatkala ikatan diundang kekecewaan
(Aku N Adik Nata)
Namun
Ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal emosi penyayang dan berperasaan

Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis,tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini

Persahabatan yang suci dan murni
Adalah sebuah perhubungan disulami benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan kita
(Berdiri :Aku,RAhmat dan Ku Najib
Duduk : Adik Nata,Cuwa dan Adik Kina)

Kita bina tugu persahabatan 
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau SELALU MENGINGATIKU

Duduk Bersendirian Dengan Diri Sendiri

Duduk Bersendirian Dengan Diri Sendiri


Somewhere..~
Memang kesibukan di jalan ini mengajar erti sebuah ketidakselesaan. Bila ditanya si dia yang sangat berjasa, maka dijawab juga dengan pertanyaan, ‘adakah kamu layak bersenang-lenang sedang Baginda Rasul tidak pernah merasa senang di jalan ini’.
Tidak menjawab, saya hanya mengangguk sambil memandang sinar matanya. Saya kira, soalan saya yang dijawab dengan pertanyaan itu mahu untuk saya kembali berfikir kenapa saya ditakdirkan untuk menjadi salah seorang yang ada di situ, barangkali.
Memang, tulisan dan lisan mudah berbanding melakukannya!
Mengakui hakikat kehambaan, adakalanya memang selalu tersilap tingkah dan bahasa. Tapi itu tidak menjadi alasan untuk terus berhenti. Jatuh, bangun dan berdiri itu adalah lumrah dalam kehidupan yang terpilih ini.

Kelalaian Yang Sering Menyapa Diri Ini
Mengakui hakikat seorang insan biasa yang kerdil dan penuh dosa. Adakalanya kelalaian itu memang menyapa diri sehari ke sehari. Mujur kalau merasainya dan pantas bertindak mencantas akan kelalaian. Kalau tidak, memang zalim adakalanya membiarkan diri menjadi mangsa kepada kelalaian duniawi.
Percaya atau tidak, kelalaian itu sering disedari dikalangan kita semua. Tapi kadang-kadang, kerana kelemahan iman akibat perbuatan diri sendiri, maka akhirnya kita tenggelam dalam kelalaian tersebut. Astaghfirullah~
Dan saya, saya juga adalah antara manusia yang sering lalai!
Saya bersoal jawab dengan diri sendiri memandang dunia ini..
Begitulah hidup. Kadang-kadang terlalu asyik berjalan dan berjalan meneroka alam sehingga mungkin ada terlepas pandang hatta pada masa itu kamu berada dalam sebuah misi menuju Tuhan!
Adakah itu sebuah kehinaan? Ya. Sebuah kehinaan saya rasa apabila sudah merasai kelalaian tersebut tapi masih bertopengkan keimanan dengan angkuhnya tanpa mahu membetulkan apa yang telah terlepas pandang.
Tapi sebuah kebaikan dan kerendahan diri sebagai hamba jika terus menerus memperingati diri tanpa mahu memandang serong kepada manusia lain yang mungkin tidak setara atau sekufu dengannya. Kerana dengan kemuliaan Islam, tidak pernah ada suatu perintah pun untuk memburuk-burukkan orang lain hatta orang itu adalah pengemis sekalipun!
Sungguh, saya termasuk diantara sekalian manusia yang sering lalai~

Sunday, August 21, 2011

I'M KNOW NOTHING ABOUT LOVE !


Oh lamanya tak bermesra-mesra dengan rakan-rakan blogger . Sibuk betul study sekarang sampai tidur pun pukul 10 wuwuuuu .  Bila buat entri xde pon nak jalan pomot-pomot cam dedulu . Lagilah . . xde langsung dah ha . Tunggu lah aku dah tak sibuk nanti aku jalan blog korang . hee .

Okay hari isnin yang indah , hari ini aku xbyak kelas mybe korang pun taw kan aku stdy kat mana???? . So dapatlah bergedik-gedik sekerat dua patah kat sini . Hari ni teringin nak share pasal BERSENDIRIAN . Maksud bersendirian aku kat sini adalah orang yang takde pasangan . Tak kira lah duda ke , janda ke , atau yang memang tak de BF , GF . 

SENDIRI ITU SEPI ? Eh betul ke sendiri tu sepi ? Ada sape-sape sepi kat sini ? Bagaimana mengendalikan kesepian ? scroll ke bawah . :)

  • sibukkan diri dengan melakukan aktiviti positif . Atau pun lakukan hobi kegemaran korang . Contohnya membaca ke , menyanyi ke takpun menghabiskan masa berblogging ! hehehe . Tak payah susah-susah nak fikir yang korang tu sendirian . Secara tak langsung ia akan menciptakan suasana yang mendamaikan .
  • selain tu , cuba fikir-fikirkan kembali perkara-perkara yang pernah menjadi impian dan belum sempat merealisasikannya . Caranya , belek lah diari-diari lama , album-album ,  kalau yang blogger tu boleh lah baca entri-entri lama untuk memulakan misi tersebut .
  • dengan cara 'menulis' segala keinginan gila masa kanak-kanak dulu pon dapat membantu menaikkan keghairahan hidup korang dan melupakan yang korang kini sedang bersendirian . Bila kita selalu fikirkan apa sahaja yang kita mahu kan dalam hidup , insyallah kita akan terlupa untuk merasa kesepian 

 (pix xde kena mengena ;p)


Thursday, August 18, 2011

"Tak semua yang kita impikan akan kita dapat"


Alhamdulillah...

Masih diberikan peluang untuk menghirup udara di dunia ini.

Jarang sekali aku update sekarang ni. 1 entry sehari. Tak macam dulu, sehari 2,3 entry. Serius semakin hari, aku semakin hilang semangat nak menulis blog.

Adakalanya banyak yang ingin aku tulis, ingin aku luahkan rasa hati tapi aku segan. Ramai yang sudah kenal aku di dalam realiti, bila aku luahkan dalam blog mungkin bila berjumpa nanti aku akan rasa segan.

Bila kita memendam perasaan jadi macam semalam, sakit kepala menyerang.

Dah beberapa hari aku tak on9 waktu malam. Hmmm...



"Tak semua yang kita impikan akan kita dapat"



Ayat ini sering berlegar-legar di fikiran aku. Aku cuba untuk bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang, tapi separuh hati aku mengatakan ini bukan yang aku inginkan. Ini bukan diri aku.
aku tak tahu la apa yang aku buat semua salah bagi dirinya.

Tapi wajarkah aku melukakan hati aku semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain??
ini mungkin boleh membahagiakan hidup die kot!!!!!!!!!





Buntu~




Gambar Hiasan


Tuesday, August 16, 2011

:: b i l a t e k a n a n belajar? ? ::

assalammualaikum....
hmmm....
tekanan tuk dua bulan awal semester (julai 2011)ni dah dirasai n makin lama makin sakit sgt2... huaaaaaa....

oppsss.. tekanan pe eh?? tekanan belajar.. hahaa... tp xsronok sbb dpt kenal diri sndiri n semangat nak belajar xdha lg....hehehehehhe.. kuat x kuat dgn dugaan-Nya....


" Ya ALLAH, kau permudahkan segala jalan dan kerja yang sedang dan bakal aku lakukan... amin.... "

NASIHAT TUK AL-SADA BIN SUHARTO :-
  • uruskan masa dengan baik : ok, disebabkan keje yg berderet + nak study ngan test.. sada, ko kene setting tul2 dulu... malam ni blek je kelas.. berkorban la masa yer... nak cari ilmu lebih ok?
  • sabar : sada, kau kene sabar, dgn dugaan2 yang dtg... masalah diri sendiri, keluarga, kawan2... masalah otak, masalah ati.. masalah jiwa...masalah perempuan...... hmm...semuanya.......
  • kesihatan : sada, jangan asik makan je tgk bdan kn da naik......hahaha... nak wat cmne.. tiap kali tekanan, aku mesti mkn banyak... huhuhu... xpe la.. asalkan makanan yg aku makan tu sihat... alhamdulillah...
  • jangan bersepah : hmm... memandangkan sgt sibuk, sada, ko jgn sepah2 ok? pastikan meja kosong sebelum tido... karpet bersih... tilam kosong... baju berlipat... wayar x berselirat.. n jangan men cmpak je baju lam bakul basuh tu... x smpai 3 ari dah penuh!...
  • tdo cukup : hmm... bab tdo xleh nak janji... xley tdo lbh ke?? hahaha.... masa terlbh tdow la .. haha...tido itu penting... aku mmg ske tdo dah ni.. stiap masa dah melayang... dalam kelas dah berpuluh kali nguap... istighfar la....huahuahuahua
  • jangan on9 je! : haa... ni lagi satu habit yg mmg xleh bla... hahaha... tiap kali balik je, 1st thing that i will grab is my lappy ... hmmm... nape suke on9?? sbb.... entah... dari kecik ag dah cmni... hehehehehe... :).. sy suke on9.. 
 ha... ni pic org gile tekanan jiwa (hensem tak???) ... hehehe.... pic aku tym sem 4 sijil kat politeknik kuching sarawak... .. tym ni asenya baru balik dr delegasi dengan poli PD kot... hmmm...

haha... tp kan?? nak bagi kesimpulan nih....

:: bila kite dah bz.. banyak keje sana sini... kite jadi tekanan... bila kite tekanan.. kite jadi terdesak.. bila dah jadi terdesak ( cam aku nih suke keje yg kemas + perfect )... keje kite makin nak perfect... result nak yg terbaik... huhuhu... akhirnya... WHAT WILL WE GET?? a success! InsyaALLAH... cume kene kuatkan diri.. kuatkan semangat... sabar... usaha... fokus.. doa... dan tawakal.... :) ::

Monday, August 15, 2011

Kesilapan MUNGKIN!!!

Hello to all readers..mesto u all terpikir kan pe plak yang aku nak tulis dalam entry kali nie..tajuk pun macam pelik je..huhu...Actually aku rasa aku MUNGKIN buat keputusan yang betul and MUNGKIN salah..Aku tak pasti..dari apa yang aku lihat dia bahagia bersama yang tersayang dan MUNGKIN aku yang menaruh perasaan terlebih pada DIA..MUNGKIN dia bertambah bahagia dengan tiadanya aku di sisi..TAPI kenapa aku masih sama je???TETAP menangis hanya kerana DIA..mulut aku berkata aku tidak mengharap pada DIA tapi hakikatnya tidak...MUNGKIN aku mengharap yang dia akan minta aku pilih DIA tapi apa yang aku harap tak menjadi..MUNGKIN hanya aku yang berperasaan macam tue..MUNGKIN pada DIA aku hanya kisah lama yang pada dia sama je ada atau takde..MUNGKIN aku je yang perasaan sendiri @ syok sendiri....ape patut aku buat???Pada pandangan korang patut ke aku teruskan hidup aku tanpa DIA...Aku mengaku aku masih CINTA pada dia...Siapa dia pada aku...Someone yang sangat berharga buat aku..Someone yang aku sayang sangat...Aku perlu DIA dalam hidup aku...walau apa pun jadi antara aku dan DIA..aku tetap sayang DIA..DIA yang aku CINTA, KASIH, SAYANG...AKU sangat meRINDUi DIA..MUNGKIN sekarang dia bahagia bersama kekasih hati DIA..AKU harap DIA tahu AKU sangat merindui DIA sekarang..dan AKU pasti takkan melupakan DIA...hanya KAU tahu siapa DIRI kau pada AKU...

ayat budak sekarang ngayat!!!!


images  
zaman sekarang budak umur 8 tahun pun dah pandai ada awek..bukan main lagi kan..aku dulu waktu umur camtue xde la reti nak main2 cinta nie..ye la time umur tue aku lebih suke bermain dengan kekawan je..xde plak nak lebih2 dari kawan…huhu..tetibe teringat adegan main galah panjang dan penggal kasut…bestttttttttt….eh eh eh…dah tertukar plak citer..hihihi…berbalik pada cerita cara2 budak ngayat..bagi aku budak2 nie ayat lagi power dari orang dewasa…korang readers rasa camne…aku penah la baca beberapa mesej yang datangnye dari budak2 bawah umur nie…hihihi…waaaaa memang xtahan…powerrrrrrrrrr….korang penah ke ada pengalaman dengan budak2 macam nie???pe kata korang kongsi sikit pe2 yang korang sume tahu…aku ada beberapa la contoh tapi aku akan post dalam entry yang seterusnye…ngee ngee ngee…saje je xnak gtau dulu…so ape pendapat korang pasal isu nie???bila aku pikir balik ada satu karakter kartun yang pandai ngorat which is “SHIN CHAN”…hihihihi…tapi xtau la aku xtahu la kot dorang blaja dari situ or orang lain…tapi bila aku tengok isu nie aku teringat sin chan sebab karakter dia dalam citer kartun tue..hahahahha…..macam-macam……

Rahsia Perwatakan

mengikut kajian pakar motivasi Dato' dari fadzilah kamsah

dari segi fizikal
-bertubuh kurus
seorang yang agak gemuruh,kelam kabut tapi sangat kreatif.aktif dan pantas bergerak.agak penakut.suka diberi penghargaan dan belaian orang lain
-bertubuh sederhana
suka tidur dan kuat makan.kuat semangat tetapi selalu tak fikir panjang sebelum bertindak.sensitif,mudah marah dan inginkan kesempurnaaan
-bertubuh gemuk
seorang yang tenang.penyayang,mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja,agak lambat berfikir tapi ngatan tajam,cabar dan jarang marah.

tarikh lahir
bulan 2,4,6,8,9,11,12
-kelam kabut,mudah tertekan,selalu nak cepat,kurang sabar,inginkan kesempurnaan,sentiasa nak cari kehebatan

bulan1,3,5,6,7,10,12
-tenang ,mudah bertolak ansur,mudah diajak berbincang

bulan2,3,4,7,8,9
-emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung

dari segi warna
hijau-mencintai alam sekitar,pemurah,ambil berat,penyayang,berperikemanusiaan,kritis ,banyak idea

hitam-serius,tinggi iltizam,buat sesutu dengan bersungguh2

putih-optimis,sabar,sangka baik,suka kedamaian

merah jambu-penyayang,bersungguh2,keinginan tinggi

oren-suka kebebasasn,kreatif,aktif ,agak kelam kabut,ramai kawan,semangat tinggi

kuning-ceria,tahan lasak,suka berkawan

biru muda-sensitif,beretika,suka menolong,suka bekerjasama,sedia berkorban untuk orang lain

emas/perak-suka kepada kejayaan

urutan dalam keluarga

anak sulung-cakap serupa bikn,cemerlang di rumah dan sek,jadi model kepada adik2 ,pandai pujuk,suka kawal orang lain

anak tengah-suka jadi pendamai,pemurah ,mudah berkawan,suka bertolak ansur

anak bongsu-berani ambil risiko,bertolak ansur,peramah,kreatif

anak tunggal -yakin,tak bergantung pada orang lain,cemrmat,teliti dan terperinci,cita2 tinggi,pemurah

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SIHAT

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Petua Anak Pintar

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.  

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali  

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.  

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur. 

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Sunday, August 14, 2011

KEMAAFAN DARI DIRIKU

Maaf? Mudah untuk meminta kemaafan tapi belum tentu mudah untuk memberi kemaafan. Apatah lagi bila hati kita dilukai dengan teruk.

Memang susah nak maafkan. Tapi sekurang-kurangnya kita mencuba. Cuba untuk memaafkan orang lain walaupun sukar.




RAYA LAMBAT LAGI...HEHEHEHEHEHHEHEHE

Aku telah memaafkan dia. Dia yang pernah bertakhta di hati aku, dia yang pernah membuat aku gembira dan dia juga yang pernah membuat aku menangis.
Mungkin itu yang terbaik. Cuba memaafkan orang lain. Bukan hak kita untuk menghukum tapi percaya what u give u get back.

Saturday, August 13, 2011

BILA KEADAAN DAH MAKIN STABIL


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah aku dah semakin stabil. Syukur juga aku tak amik tindakan melulu hari tu untuk delete blog macam aku tulis dalam entry iNI. Tapi semua itu serba berkemungkinan kan?

Sebab tu gunanya kita tenangkan fikiran, dan fikir semasak-masaknya. Apa yang terjadi biar aku sorang saja yang tahu. Memang melukakan hati tapi kita kena teruskan juga hidup.

Kadang-kadang kita asyik memikirkan pasal orang lain lebih dari kita sendiri. Ada masanya kita kena fikir diri kita dulu sebab orang lain tak kan fikir pasal diri kita.

Aku harap lepas ni, aku tak kan sesekali fikir macam dalam entry sebelumnya itu. Harap-harap aku kuat nak hadapinya.

Ada "kawan" cakap, hidup kena pandang ke hadapan jangan pandang ke belakang.

Tapi bagi aku, hidup memang kena pandang ke hadapan, sesekali kita kena pandang ke belakang supaya kita tahu dan sedar apa kesilapan kita dan kita tak kan mengulanginya.

Kesilapan akan terus menjadi kesilapan sekiranya kita tidak pernah belajar dari kesilapan

=)



Rupa-rupanya Tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi





NOTA DARI PERJUANGAN DIRIKU  :   Walaupun aku cakap nak buat ini, masih lagi ada yang sudi follow blog ni. Terima Kasih Tulang Belakangku. korang memang terbaik.

mimpi indah buatmu

aku ingin menjadi mimpi indah, dlm tdur mu
aku inin menjadi sesuatu, yg bisa kau rindu
karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
oh karena, hati t'lah letih

aku ingin menjadi sesuatu, yg slalu bisa kau sntuh
aku ingin kau tahu bahwa ku, slalu memujamu
tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
oh bayangmu, seakan-akan

[reef]
kau seperti nyanyian dlm hatiku
yg memanggil, rinduku, padamu o0o~~
seperti udara yg kau hela kau se-lalu, ada

[bridge]
hanya dirimu yg bisa, membuatku tenang
tanpa dirimu aku me-rasa, hilang
dan sepi, dan sepi

[reef] 2x

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

sya lalallala, laalalalal

Friday, August 12, 2011

Isi hati anak Perantau

salam ramadhan semuayang mengenali Perjuangan Diriku!!!!!!

entry kali ni nk wish selamat menjalani bulan ramadhan al-mubarak walaupun da masuk hari yang ke -13
semoga dlm bulan ramdhan kali ni membawa seribu langkah perubahan kepada setiap umat islam terutama diri aKu kearah kebaikan. insyaAllah . selain itu, ak nk ucapkan kesyukuran yg teramat atas peluang dan izin dari Allah S.W.T. yg masih lg memberi peluang kepada semua umat islam pd arini menyambut ramadhan dan dapat bernafas lg di atas muka bumi ini .. bersama2 lah kte bersyukur ke hadrat Ilahi.

semakin lama usia kita makin meningkat dewasa .. same juga dengan attitude kte seiringan meningkat matang tp masih banyak lg perkara yg kte blom habeskan bersama keluarga kte .. masa semakin pantas . maka hargailah masa anda semua dengan melakukan aktiviti yg berfaedah . kalau perlu bersama keluarga .. pulanglah bersama keluarga jangan ikut macam diri ak yang berjauhan dengan keluarga di sebabkan faktor jarak rumah keluarga dengan tempat ak Nak belajar, ak syukur ke hadrat Ilahi ak dapat keluarga angkat kat tempat ak belajar ini rasa beban rindu kat keluarga 2 terubat la sikit..xde la orang  kata nti kurang kasih sayang dari keluarga!!!!! walaupun ada pihak yang tak suka ak rapat dengan keluarga angkat ak ini, kekadang 2 malu jgak la da pihak yang tegur ak cam 2, sape yang xmalu ????????? ak sedar yang ak ini menumpang kasih sayang seorang mak je...mak angkat ak bagi nasihat jgn dengar pa yang orang kata kat luar. mak angkat ak bagi dorongan n semangat untuk teruskan hidup ini.
                                                  Contoh gambar keluarga
                                                                          
ak da pikir masak-masak melepaskan ape yg kte syg dapat membehagaikan org lain .. ak sangup lakukannya  demi kebaikan orang yang kte syg . tp x semua yg kte lakukan harus memikirkan org lain .. abes klu asek pk org lain .. kte plk sape yg nk pk ??  ..


Thursday, August 11, 2011

Semalam dan Hari Ini

Semalam, aku bertemu dengannya, salam perkenalan dihulur, ku sambut mesra. Aku lepasan Kau rupanya. Mendengar cerita serta gelak tawamu, aku jadi senang. Hilang segala kebosanan yang melanda.

Tak sangka, tak sampai setahun  perkenalan kita, telah mencipta banyak kenangan. Kebetulan, kita stdy ditempat yang sama. Pertemuan akhir hari ini, membuat aku sedikit terkilan. MENGAPA? mengapa sekejap sahaja pertemuan yang tidak dirancang ini? Mengapa tidak diberi peluang untukku mengenali dirinya dengan lebih mendalam.

Saat dia melangkah pergi, wajah ku dipandang. "kenapa perlu berubah"  Tak sanggup rasanya aku membiarkan dia pergi. mugkin aku yang silap menyentai dia, cuma aku tak mahu persahabatan yang terjalin, terhenti di situ di sebabkan cinta.



AWAK, mengenali awak sesuatu yang indah bagi saya. SEMOGA persahabatan yang terjalin sentiasa diingati, SEMOGA kita berdamai kembali. TAKECARE =)
p/s : aku memang tengah sedih

Bukan Maksudku

" ku sedar, ku tak seberapa, jika dibanding mereka, yang jauh lebih megah dari diri ini"

Ok ini entry personal. Melibatkan hati dan perasaan aku. Bukan kisah cinta, ia hanya kisah kehidupan. Aku  di dalam di negeri orang menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada seseorang. Ya mungkin dia SENTAP membaca entry itu. Mungkin entry itu ada kena mengena dengan dia. Entry itu, yang aku tujukan untuk umum sebagai iktibar bukan mengata atau memarahi sesiapa.

 Ya, kawan yang hanya sekejap bertemu, dan sebenarnya sejak semalam, rasanya tak mungkin aku ingin bertemunya kembali. Biarkan, cukup lah aku mengalah, cukup lah selama ini aku menahan marah.

Satu pesan aku untuk kau yag bergelar kawan, "people will change, so rasanya tak perlu mengungkit kisah silam demi nak mempertahankan diri kau dengan mengatakan SALAH KA AKU BERUBAH UNTUK KEBAIKAN?". Kisah silam adalah sejarah. Ia mungkin berulang jika kita tak pernah cuba untuk berubah.  Tak perlu menyingkap kembali kisah silam yang hanya membuatkan seseorang sedih. Tak ke berdosa, jika seseorang itu berpatah hati untuk berubah, lalu ia kembali ke jalan hitam dulu? Berdosa kan? Kau menyingkap kisah hati dan perasaan dan hanya menghiburkan hati dan perasaan kau di kalah kesunyian untuk memuaskan hati kau.

Kawan, belajarlah menghargai sesorang. Berubahlah. Bukak mata kau, lihat apa yang cuba aku sampaikan. Aku bukan mengata kau atau sesapa. Ia hanyalah luahan, luahan dari hati tulus aku. Luahan dari apa yang aku lihat dan rasa. Teringat kembali, kau pernah menyatakan  "aku sumber semangat kau tp sekarang dah jadi seperti musuh"



Aku tak bermaksud
mahu membuangmu jauh dari hidupku

Bukan niatku
hendak menggantikan kamu dengan yang lain

Aku cuma terkilan
dengan sikapmu

selalu membawa masalah kepada aku
selalu mencari pasal dengan aku

kau janjikan macam-macam padaku
janji kau buat aku tertarik untuk memilikimu

TAPI

setelah beberapa hari bersamamu
hidupku bercelaru
punah ranah

kesabaranku hilang


aku terpaksa
terpaksa membuangmu jauh dari hidupku

maafkan aku

selamat tinggal
sahabat.

"apa yang mampu ku berkias, hanyalah hati yang ikhlas, terpendam simpan untuk dia yang sudi"

Monday, August 8, 2011

Doa Buat Orang Sayang Kat Kita

Nak elak daripada diri ini dibenci orang? Ha.... cuba korang praktik kan doa dan amalan ni. Bila bangun tidur pada pagi hari sebelum ke bilik air, letakkan kedua-dua ibu jari tangan ke langit-langit, baca surah Tiga Kul sekali, dan ayat Qursi sekali dan sapukan hujung ibu jari kanan ke tapak tangan kiri dan ibu jari kiri disapukan plak pada tapak tangan kanan.
Gosok kudua-dua tapak tangan tersebut sebanyak 3 kali and then sapukan ke muka macam korang nak tampal bedak kat muka sambil baca Selawat Nabi 3 atau 7 kali. 

Insya Allah, dengan praktikkan benda ni, orang yang benci dekat korang akan sayang kat korang and kalau korang ada menyampah kat seseorang, korang plak akan sayang kat diorang. Haaaaa, bila dah takde perasaan saling benci membenci ni, dapat la korang elakkan dosa pada orang lain malah dapat pahala plak sebab saling menyayangi antara satu sama lain. Wallahualam...

Sunday, August 7, 2011

CiNtA VS SaHaBAt Vs AkaK

salam n mat mlm.......
sada xley tdow la mlm nie........sada keliru ngan erti cinta n sahabat????????????????????
sjak akhir2 nie sada xpham knpa prasaan sada kat sowg bdak pmpuan nie rsa len je!!!!!!!!!(jatu cinta kat die kot)hehehehehehhhehehe tp xmkin sada jatu cinta kat die lah..........

sada xtaw la bdak pmpuan nie baik sngat ngan sada......klu bley hmpir tiap mlm sada mimpi bdak pmpuan nie.......kadang-kadang 2 malu la jgak coz sada cam bertepuk sebelah tangan je.......pk blik sblum nie sada slalu maki bdak pmpuan nie.............


sada da pk msak2 sada xlyak kot ngan bdak pmpuan nie!!!!!!!!!!!!!!!nk tgok dr smue sudut pun sada mmg xlyak ngan bdak pmpuan nie!!!!!!!!!!!!!!cian x sada nie pa bley wat kn owg xske kat kite......


knpa sada xnk kn bdak pmpuan nie????????coz bdak nie da ada pakwe da.....sada pun mlas nk kcau la hubungan bdak pmpuan nie ngan pakwe die....
prinsip sada xske kcau owg........sada pun xtaw la cam na sada bley ske kat bdak nie........mybe nie blasan yang tuhan nk bagi kat sada kot!!!!!!!!!!!coz sada ske permainkan prasan pmpuan.......

Saturday, August 6, 2011

SINOPSIS DRAMA NORA ELENA (TV3)


''Hakikatnya, aku suami dan kau isteri.Perkahwinan ini adalah simpulan mati..
Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua..sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke, setengah ke, suku ke, saya terima,
saya redha" ~~Seth~~


SINOPSIS DRAMA NORA ELENA (TV3)

NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?

Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.



SINOPSIS NOVEL KASIH YANG SUCI
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

KeNanGan KAk TiNi


Assalamualaikum............
sada teramat sedi sangat time nie sebab xdapat menziarahi arwah kak tini wat kali terakhir....
nie la masalah stdy jauh sangat ngan kampung halaman.....dah pa benda yang berlaku sada xboleh balik kampung....ya..allah rahmatilah arwah neng fazrini@kak tini(hartini binti Kasoh)..tempatkanlah ia disyurgamu...dikalangan org2 yg beriman ...alfatihah

Friday, August 5, 2011

Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Ramadhan





Salam kengkawan,
Ramadhan hampir tiba, mungkin ramai yang sedang mempersiapkan diri untuk berpuasa. 
Ok..di sini ku sertakan Niat puasa ramadhan, doa berbuka dan selepas berbuka puasa. Seperti tahun-tahun yang lepas, ramai gak yang mencari Niat puas ani…
Semoga mendapat manfaat dari kengkawan….

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa



Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan......



KELEBIHAN BULAN RAMADAN

    # Kelebihan Ramadan #
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).