Assalamualaikum.....
Alhamdulillah aku dah semakin stabil. Syukur juga aku tak amik tindakan melulu hari tu untuk delete blog macam aku tulis dalam entry iNI. Tapi semua itu serba berkemungkinan kan?
Sebab tu gunanya kita tenangkan fikiran, dan fikir semasak-masaknya. Apa yang terjadi biar aku sorang saja yang tahu. Memang melukakan hati tapi kita kena teruskan juga hidup.
Kadang-kadang kita asyik memikirkan pasal orang lain lebih dari kita sendiri. Ada masanya kita kena fikir diri kita dulu sebab orang lain tak kan fikir pasal diri kita.
Aku harap lepas ni, aku tak kan sesekali fikir macam dalam entry sebelumnya itu. Harap-harap aku kuat nak hadapinya.
Ada "kawan" cakap, hidup kena pandang ke hadapan jangan pandang ke belakang.
Tapi bagi aku, hidup memang kena pandang ke hadapan, sesekali kita kena pandang ke belakang supaya kita tahu dan sedar apa kesilapan kita dan kita tak kan mengulanginya.
Kesilapan akan terus menjadi kesilapan sekiranya kita tidak pernah belajar dari kesilapan
=)

Rupa-rupanya Tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi
your r most welcome kawan :)
ReplyDelete