sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Friday, October 21, 2011

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong yang baru






Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong yang baru

KUALA LUMPuR 14 Okt - Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuat kuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.  Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. 


Salam kepada semua,

Sebagai rakyat negeri Kedah Darulaman, sememangnya patut merasa amat bangga dan bertuah apabila KDYMM Sultan Kedah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Untuk rekod , Sultan Abdul Halim merupakan satu-satunya Sultan yang dilantik sebanyak dua kali menjadi Yang di-Pertuan Agong di dalam sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang unik. Kali pertama Baginda dilantik menjadi YDP Agung ialah pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4.




Semoga negara dan rakyat yang berada di bawah payung naungan Tuanku , akan dilimpahkan oleh Allah Taala dengan segala keberkatan dan kesejahteraan jua hendak-Nya. Amin, Ya Robbul 'Alamin...

Daulat Tuanku!!!


No comments:

Post a Comment

hak milik alsadasuharto.blogspot.com