sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Tuesday, November 20, 2012

Jarak Bukan Penghalang


Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya. Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan. Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya Pada Pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia Walaupun Jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah Walaupun Seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.  Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah Khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut Hari Ulang Tahun Bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu. Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan Jadikan Jarak Sebagai Pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.


Saturday, November 3, 2012

C I N T A

Putus Cinta. Tiada siapa di dunia ini yang ingin merasa sakitnya putus cinta atau kehilangan cinta. Aku melihat ramai kawan aku yang pernah putus cinta, menanggis sedih.. bertanya kepada aku kenapa si dia kejam melakukan dia seperti itu. Aku, cuma mampu terdiam, tiada sebarang jawapan yang aku dapat berikan, cuma aku katakan dia bukan yang terbaik utk kau. ada seseorang yang diluar sana yang lebih layak bagi kau.
Apa yang mampu aku lakukan, aku hanya mampu memberi bahu aku utk mereka menghamburkan air mata, memberikan kata2 semangat, dan membuatkan mereka rasa tenang. Namun, semuanya bergantung kepada mereka sendiri, jika mereka yang tidak ingin bangun, tidak ingin mencari kebahagiaan kembali, maka apa jua aku atau org2 disekeliling mereka lakukan, tidak mampu utk merubah perasaan mereka.
Aku bangga bg mereka yang pernah putus cinta. Tunggu dulu aku bukan suka kamu putus cinta, aku bangga jika kamu pernah putus cinta, namun kamu bersemangat semula untuk bgn mencari cinta sejati dunia dan akhirat kamu. Kamu pernah terluka, pernah meratapi kehilangan org tersayang, kamu pernah merasa dunia kamu gelap dan musnah. Namun kamu bangkit semula dari dunia yang penuh duka dan mencari kebahagiaan sendiri.

Tapi ada juga segelintir yang membiarkan diri mereka hanyut dlm dunia yang penuh kesedihan dan murung disebabkan matinya satu hubungan bernama cinta. Pelik, namun tidak kah mereka sedar itu sudah suratan dan takdir yang harus ditempuhi untuk mencari satu cinta yang sejati. Kenapa ingin biarkan diri terus-menerus meratapi kesedihan itu. Bukalah mata dan hati, beri peluang utk diri sendiri merasa bahagia.
Kawan2 yang pernah menangis sedih itu, rata-ratanya semuanya bahagia dengan kehidupan mereka, aku suka melihat mereka begitu. Ada antara mereka yang kehilangan cinta pertama, namun jika pertama itu tidak menjadi, jadikan yang terakhir itu lebih bermakna dari yang pertama. Memang sukar lupakan cinta pertama, tapi utk apa terus menanti cinta pertama yang sudah lama mati dilanda tsunami tertimbus jauh ke dasar bumi. Mengapa tidak mencari cinta baru, kerana cinta baru yang dinoktahkan dgn ikatan perkahwinan akan mengajar kamu lebih byk perkara pertama dari cinta pertama, bukan setakat, rasa I Love You, bukan saja rasa angau bercinta, tapi mengajar kamu erti sebenar sebuah cinta dlm perkahwinan, mengajar kamu tanggungjawab cinta dlm perkahwinan. Putus cinta itu adakah lebih sakit dari putus tali perkahwinan? Jika kamu putus cinta, kamu masih berstatus 'Bujang', tapi jika putus tali perkahwinan kamu berstatus 'Janda' atau 'Duda'.
Aku juga khuatir kehilangan cinta. Bg mereka yang pernah merasa kehilangan itu, mereka punya pengalaman, dan aku percaya  mampu alaminya. Namun bg aku?? ohh aku tidak mau berfikir utk hilang cinta ini, hanya ajal mampu menoktahkan cinta kami, insyaAllah semoga diizin dan dimakbulkan Allah, agar kami bersama hingga satu masa kami terpaksa berpisah di atas ajal yang menjemput. Tapi sebelum itu biarkan aku terus mengukir tugu cinta kami. :)


Kata Aku : Aku dan Dia berkongsi cinta , aku dan dia sama2 pernah merasa suka dan duka, dan kami bahagia, dan kadang2 hubungan kami tidak semanis mana, namun kami tidak cepat melatah. Adat bercinta  ada masa kita sedih, ada masa bertengkar, ada masa ketawa, semua tu akan dikongsi bersama. Yang penting tetapkan di dalam hati bahawa semua yang buruk2 itu hanya ujian dlm hubungan, tanggungjawab dan berkongsi apa yang milik kita. Aku cinta dia, kerana Allah telah mengizinkan hati aku mencintai dia. Aku cinta dia kerana Allah, dan mudah-mudahan cinta aku terhadap dia, tidak melebihi cinta aku kepada Allah.
Berusaha, Bertawakal, Redha dan pasrah dlm takdir Allah