Putus Cinta. Tiada siapa di dunia ini yang ingin merasa sakitnya putus cinta atau kehilangan cinta. Aku melihat ramai kawan aku yang pernah putus cinta, menanggis sedih.. bertanya kepada aku kenapa si dia kejam melakukan dia seperti itu. Aku, cuma mampu terdiam, tiada sebarang jawapan yang aku dapat berikan, cuma aku katakan dia bukan yang terbaik utk kau. ada seseorang yang diluar sana yang lebih layak bagi kau.
Apa yang mampu aku lakukan, aku hanya mampu memberi bahu aku utk mereka menghamburkan air mata, memberikan kata2 semangat, dan membuatkan mereka rasa tenang. Namun, semuanya bergantung kepada mereka sendiri, jika mereka yang tidak ingin bangun, tidak ingin mencari kebahagiaan kembali, maka apa jua aku atau org2 disekeliling mereka lakukan, tidak mampu utk merubah perasaan mereka.
Aku bangga bg mereka yang pernah putus cinta. Tunggu dulu aku bukan suka kamu putus cinta, aku bangga jika kamu pernah putus cinta, namun kamu bersemangat semula untuk bgn mencari cinta sejati dunia dan akhirat kamu. Kamu pernah terluka, pernah meratapi kehilangan org tersayang, kamu pernah merasa dunia kamu gelap dan musnah. Namun kamu bangkit semula dari dunia yang penuh duka dan mencari kebahagiaan sendiri.
Tapi ada juga segelintir yang membiarkan diri mereka hanyut dlm dunia yang penuh kesedihan dan murung disebabkan matinya satu hubungan bernama cinta. Pelik, namun tidak kah mereka sedar itu sudah suratan dan takdir yang harus ditempuhi untuk mencari satu cinta yang sejati. Kenapa ingin biarkan diri terus-menerus meratapi kesedihan itu. Bukalah mata dan hati, beri peluang utk diri sendiri merasa bahagia.
Kawan2 yang pernah menangis sedih itu, rata-ratanya semuanya bahagia dengan kehidupan mereka, aku suka melihat mereka begitu. Ada antara mereka yang kehilangan cinta pertama, namun jika pertama itu tidak menjadi, jadikan yang terakhir itu lebih bermakna dari yang pertama. Memang sukar lupakan cinta pertama, tapi utk apa terus menanti cinta pertama yang sudah lama mati dilanda tsunami tertimbus jauh ke dasar bumi. Mengapa tidak mencari cinta baru, kerana cinta baru yang dinoktahkan dgn ikatan perkahwinan akan mengajar kamu lebih byk perkara pertama dari cinta pertama, bukan setakat, rasa I Love You, bukan saja rasa angau bercinta, tapi mengajar kamu erti sebenar sebuah cinta dlm perkahwinan, mengajar kamu tanggungjawab cinta dlm perkahwinan. Putus cinta itu adakah lebih sakit dari putus tali perkahwinan? Jika kamu putus cinta, kamu masih berstatus 'Bujang', tapi jika putus tali perkahwinan kamu berstatus 'Janda' atau 'Duda'.
Aku juga khuatir kehilangan cinta. Bg mereka yang pernah merasa kehilangan itu, mereka punya pengalaman, dan aku percaya mampu alaminya. Namun bg aku?? ohh aku tidak mau berfikir utk hilang cinta ini, hanya ajal mampu menoktahkan cinta kami, insyaAllah semoga diizin dan dimakbulkan Allah, agar kami bersama hingga satu masa kami terpaksa berpisah di atas ajal yang menjemput. Tapi sebelum itu biarkan aku terus mengukir tugu cinta kami. :)
Kata Aku : Aku dan Dia berkongsi cinta , aku dan dia sama2 pernah merasa suka dan duka, dan kami bahagia, dan kadang2 hubungan kami tidak semanis mana, namun kami tidak cepat melatah. Adat bercinta ada masa kita sedih, ada masa bertengkar, ada masa ketawa, semua tu akan dikongsi bersama. Yang penting tetapkan di dalam hati bahawa semua yang buruk2 itu hanya ujian dlm hubungan, tanggungjawab dan berkongsi apa yang milik kita. Aku cinta dia, kerana Allah telah mengizinkan hati aku mencintai dia. Aku cinta dia kerana Allah, dan mudah-mudahan cinta aku terhadap dia, tidak melebihi cinta aku kepada Allah.
Berusaha, Bertawakal, Redha dan pasrah dlm takdir Allah
No comments:
Post a Comment
hak milik alsadasuharto.blogspot.com