sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Tuesday, November 25, 2014

#Mampukah Aku Pertahankan Hubungan Ini#

Aku sangat penat. apa yang aku penatkan aku pun tak tahu. tapi yang aku tahu, aku sangat penat dengan semua perkara terutama soal pertunangan . terasa seperti mahu give up untuk teruskan perhubungan pun ada. tapi bila terfikir mahu give up, aku cepat-cepat beristighfar. ingat kan Allah. ingatkan semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

kekadang aku terfikir, adakah aku kuat untuk bertahan dengan semua dugaan yang muncul selepas bertunang?????. aku bertanya diri sendiri. aku bertanya untuk mendapat kepastian. adakah aku kuat? adakah aku mampu? ntah. aku masih belum mempunyai jawapan itu. dan jawapan itu tak pernah muncul dalam fikiran ku.

tapi hati ku selalu berkata, bertahan lah diri. kuatkan semangat mu. teguhkan azam mu. pasak kan tekad mu. dan bersabarlah. janji Allah itu benar. dan apa yang ditentukan itu seharusnya ada hikmahnya. dan apa yang berlaku semestinya punya kebaikan pada diri sendiri dan maligai yang bakal dibina.

ujian demi ujian. cabaran demi cabaran. kerenah demi kerenah. ada ujian yang aku sendiri cari. ade cabaran yang aku sendiri tempah. dan ada jugak yang datang tanpa aku pinta sedikit pun kehadirannya. tapi aku harus sedar yang semua nya adalah ujian Allah. dan itu adalah resam kehidupan. serta kehidupan tak kan indah tanpanya.

Emm.. persoalan ku kini masih bersisa.. mampukah aku bertahan hingga ke hujung jinjang pelamin. hingga semua janji telah ku kota terhadapnya. hingga ku genggam erat semuanya. hingga kejayaan itu mutlak milik ku.

mampukah aku???

Jawapannya; aku sendiri tak pasti sejauh mana kekuatan ku. dan sekarang, aku hanya tunggu dan lihat..

No comments:

Post a Comment

hak milik alsadasuharto.blogspot.com