sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

SEKOLAHKU

1. SK PEKAN KUNAK


                                                                 
Penubuhan tercetus dua tahun selepas rentetan kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Penubuhan sekolah ini dibuka pada 1 Jun 1959 adalah merupakan tapak kawasan pasar sayur. Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama Native Voluntery School. Guru besarnya pada ketika itu ialah En.Taip Ujan. Bilangan muridnya seramai 60 orang dan mempunyai dua buah bilik darjah sahaja. Oleh itu SK. Pekan Kunak merupakan sekolah yang tertua di daerah Kunak.
                                 
Pada tahun 1961 sekolah ini dipindahkan ke Kampung Getah Kunak. Ia didirikan atas kerjasama PIBG. Pengerusi PIBG pada masa itu ialah Tuan Hj. Jainal Gunung. Guru besar sekolah ini ialah En. Adama Balabul. Jumlah guru seramai dua orang sahaja dan mempunyai lima buah kelas. Kemudian pada tahun 1963 barulah sekolah ini didirikan di tapak yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun hanya terdapat sebuah blok. Pada masa itu bilangan gurunya seramai lima orang dan murid seramai 250 orang. Sekolah ini juga pernah menjadi tapak Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah Menengah dan Pusat Kegiatan Guru di daerah Kunak.

2. SK KAMPUNG SELAMAT
3. SEKOLAH UGAMA ISLAM SABAH
4. SMK KUNAK JAYA (SMKJB)

                                              
Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya atau nama ringkasnya SMK Kunak Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di kawasan Kampung Jaya Baru dan sebelum ini dikenal sebagai SMK JAYA BARU (SMKJB),dan bertukar nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya kerna mengambil nama tapak asal sekolah yang berada di Kunak Jaya, 

5. SM TEKNIK LAHAD DATU

                             
Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Lahad Datu (SMVPLD) merupakan satu-satunya Sekolah Menengah Vokasional yang menawarkan kursus pertanian di Sabah. Ia adalah Sekolah Menengah Pertanian yang keempat ditubuhkan di Malaysia.Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 128 ekar (58 hektar) iaitu sekolah yang paling luas di Malaysia. Terletak di kilometer 13, Jalan Lahad Datu-Sandakan, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Segama Lahad Datu.

                                                              


Tanggal 23 Mei 1988 merupakan hari pertama SMVPLD mula beroperasi. Di awal penubuhannya sekolah ini hanya menawarkan satu kursus sahaja iaitu Pengurusan Ladang dengan bilangan pelajar seramai 39 orang sementara tenaga pengajarnya berjumlah sembilan orang termasuk pemangku pengetua.Mulai 01 Januari 1998, SMVPLD dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu (SMTLD). Kursus-kursus baharu aliran teknikal dan aliran vokasional mula ditawarkan selepas itu. Bermula tahun 2010, penawaran kursus sekali lagi dirombak selaras dengan penstrukturan semula jabatan pendidikan teknikal.

6. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (POLIKU)

                                                       

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya selaras dengan objektif untuk menampung keperluan sumber tenaga kerja terlatih dalam memenuhi aspirasi negara ke arah perindustrian, seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia. Pada peringkat awal penubuhannya, PKS beroperasi di sebuah bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching dengan peneraju utamanya Encik Mustapa Bin Mohamed sebagai Pengetua pertama. Perkembangannya diikuti pemilihan kampus tetap oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu di kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan tanah seluas 112 ekar. Terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat Bandaraya Kuching serta kedudukannya di Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah memberikan satu persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar.

                          


7. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (POLIMAS)

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) terletak di Bandar Darulaman, Jitra, lebih kurang 25 kilometer dari Alor Setar, ibu negeri Kedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari 1984. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan telah dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 23 Mac 1989. Semenjak dari tarikh ini lahirlah nama Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda. 

                                                 


POLIMAS telah berkembang menjadi institusi pendidikan dan latihan teknikal yang mantap. Enrolmen pelajar telah meningkat kepada hampir 6000 orang dengan bilangan staf mencapai 600 orang.
Pengetua pertama ialah En. Abdul Aziz bin Hasbullah (kini bersara) yang telah menerajui POLIMAS selama tiga tahun. Pengetua POLIMAS yang ke-2 ialah Tuan Haji Imran bin Idris yang telah membangunkan institusi ini selama 12 tahun sehingga menjadi institusi yang terkemuka di Malaysia. Pengetua ke-3 POLIMAS ialah Ir. Gan Chee Kuan (kini bersara) telah banyak berjasa dalam memajukan POLIMAS selama 5 tahun. Pengarah POLIMAS yang ke-4 ialah Dr Khair bin Mohamad Yusof manakala Pengarah ke-5 adalah En. Mohd. Hashim bin Buyong yang telah bersara pada Julai 2007. Kemudian, POLIMAS diterajui oleh Pengarah ke-6 iaitu En. Mohd Gomenon bin Su,juga telah bersara pada Mei 2008. Kini, POLIMAS diterajui oleh Timbalan Pengarah I memangku pengarah, En. Mohd. Noor B. Shahudin.