sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Wednesday, October 3, 2012

Kursus Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

Assalamualaikum w.b.t.  

                                 


Keberadaan aku di sini adalah kerana aku sedang mengikuti kursus Safety Officer (SHO) di NIOSH P.Pinang ni.  Program ini berlangsung selama 22 hari bermula 1Oct sehingga 2 Nov 2012, maka selama itulah aku akan tinggal bersama keluarga Angkat Aku. Rasanya tidak ada rasa ketidakselesaan sekiranya aku menetap di sini kerana aku sangat rapat dengan keluarga Angkat aku ni Walaupun ada benda yang tak kena. Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa aku menganggap mak Angkat aku ini sebagai mak aku juga kerana dia sangat mengambil berat hal aku.

Hari pertama aku di NIOSH berjalan dengan baik. Seramai 20 peserta telah melaporkan diri di NIOSH.17 peserta Pelajar POLITEKNIK dan 3 Peserta luar. Pada hari ini aku dapat berkenalan dengan beberapa orang rakan antaraNya Anuar,Fauzi,Asraf Dan Ramai lagi. aku berkenalan ketika sesi minum pagi di cafeteria.Selepas sesi pendaftaran kami dibekalkan dengan sebuah beg. Sekali imbas tengok macam Beg Leptop aku. Rupa-rupanya beg NIOSH daa.. Tipu la kalau aku tak bangga bawak beg ni. Tak kira la orang nak kata macam budak skolah ke apa ke. Kau ada??.. Hahaha.. Astaghfirullahalazim. Berlagaknya aku. Bukan senang nak dapat taw. Kena bayar RM4K baru dapat beg tu. Tp bukan beg tu yang aku kejarkan, tapi ilmu serta certificate tu yang aku perlukan.


                                           

Aku ingatkan beg kosong je. Sekali angkat, Amekaw. Tu dia. Macam hangkut batu giling hampa taw. Nak tahu tak apa duk ada dalam beg tu.




                                     


Tu dia. Ada enam buah buku teks dan dua buah fail tebal. Bermula dari kiri. 1- Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, 2-Perundangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, 3-Kesihatan Pekerjaan & Higien, 4-Keselamatan Pekerjaan. Yang tengah tu adalah buku-buku akta. Bermula dari bawah. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Peraturan-Peraturannya, yang atasnya tu pulak Akta Kilang Dan Jentera Dan Perturan-Peraturannya. Yang kanan tu adalah satu buah fail yang mengandungi empat modul yang akan kami cover sepanjang tempoh dua puluh dua hari kursus ini berjalan. Phewww!!!!.. Pendek rasanya nafas aku ni. Tercungap-cungap kejap. Apa-apa pun aku akan buat-betul. Sebab prospek bidang ini sangat luas dan sangatlah diperlukan.


Untuk pengetahuan semua. Kelayakan minima untuk menyertai kursus ini adalah lepasan SPM & setaraf. Bayaran hanya RM4K. Sijil penyertaan yang sangat berharga akan diberikan kepada peserta yang berjaya menjalani 75% kuliah dan sijil itu diiktiraf oleh DOSH (Departmental of Occupational Safety & Health).


Lepastu bolehlah ambil exam.

1 comment:

  1. Salam tuan,terima kasih berkongsi pengalaman,saya ingin bertanya beberapa soalan,pertama boleh tak kita gunakan duit kwsp untuk proses ini?dan saya di fahamkan ianya di adakan dalam sesi bahasa inggeris?dan bila pendaftaran di buka?dan adakah di negeri pulau pinang ada krusus 22 hari?(dulu hanya terdapat di kl yang saya tahu).terima kasih atas perkongsian pengalaman..

    ReplyDelete

hak milik alsadasuharto.blogspot.com