sALam...

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"

Tuesday, October 16, 2012

Sejarah Hidupku Bersama Dia Di Polimas


Watak dia dalam hidup aku cuma sekadar kawan sepanjang berkenalan kami di Politeknik Sultan Abdul halim Shah Jitra Kedah. Tidak lebih dan tidak kurang. Malah aku juga tidak meminta lebih dari apa yang aku dapat sekarang. Aku tidak mahu kejadian kawan menjadi kekasih kemudian putus dan menjadi orang asing berulang. Perasaan itu aku dan dia faham. Tapi sampai hari ini tetap ada orang berkata kami masih seperti pasangan kekasih. Aku terima itu sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih. 

Hari ini, dia bukan teman wanita ataupun teman istimewa atau wanita yang bertakhta. Kami cuma kawan biasa yang belajar dari kesilapan silam yang pernah kami cipta. Tapi dia tahu banyak cerita tentang aku dan aku tahu banyak cerita tentang dia.


Aku suka cara dia menghargai aku. Sekurang-kurangnya dia mengenang budi daripada sesetengah orang yang lebih gemar membisu. Walaupun cuma sekeping mesej tapi dia buat aku tahu. Malah pernah dia buat aku terharu. Begitu juga aku. Menghargainya tanpa mengira waktu. Bila aku buntu, bila dia membantu, bila kami perlu. Bagaimana dia menghargai kehadiran aku, begitu juga aku. 

Dia baik dan itu yang aku suka. Ini jawapan konkrit bila ada orang bertanya kenapa aku terlalu baik dengan dia. Walaupun ada orang kata dia talam dua muka, walaupun ada orang kata dia pendusta tapi aku lagi kenal dia. Walaupun pernah orang bertanya apa yang dia ada sampai aku jadi gila tapi jawapan aku tetap sama. Aku nampak semua yang orang lain tak nampak di mata. 

Beberapa hari lalu dia telah bertunang dengan seseorang yang aku kenal melalui cerita dia selama ini. Mungkin jodoh dia dha sampai. Dan sumpah, tiada langsung cemburu yang aku rasa. Mala aku gembira. Aku bahagia kalau dia bahagia walaupun dah masalah antara aku dengan dia sejak akhir2 ini.....

Hari ini sekali lagi aku jatuh cinta. 
Bukan dengan dia. 
Aku jatuh cinta dengan rakan sekelas aku 8 tahun lepas (SMKKJ) 
Berkawan dahulu sebelum bercinta baru cerita yang direka sempurna ;) 

No comments:

Post a Comment

hak milik alsadasuharto.blogspot.com